Monday, May 5, 2014

Brunei Kini Mengharamkan 19 Perkataan Untuk Diguna Pakai Oleh...???

Selepas Mengumumkan Perlaksanaan Hudud, Brunei Kini Mengharamkan 19 Perkataan Untuk Diguna Pakai Oleh Orang Bukan Islam Seperti "Allah" Dan "Masjid"

    • Big thumb c9e4
  • Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk Allah dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.
  • Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.

Selain "Allah" Dan "Masjid", Perkataan Islam Lain Seperti "Azan", "Al Quran", "Kaabah", "Kiblat", "Ilahi" Dan "Solat" Turut Diharamkan

Last updated by farouqjohari
  • Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, Al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

Kod Penal Syariah Di Brunei Berkuatkuasa Bukan Sahaja Terhadap Orang Islam Malah Turut Dikenakan Ke Atas Orang Bukan Islam

Last updated by farouqjohari
  • Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam, Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.
    • Big thumb b8d1
  • “Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi,” katanya.

Pasangan Suami Isteri Akan Dikenakan Hukuman Sekiranya Menyerahkan Anak Mereka Untuk Dipelihara Oleh Orang Bukan Islam, Walaupun Mereka Ikhlas

Last updated by farouqjohari
  • Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.
    • Big thumb be81
  • “Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” kata Hardifadhillah.

Berkenaan Dengan Isu Hudud, PBB Menggesa Brunei Untuk Tangguhkan Perlaksanaan Dan Sultan Brunei Mendapat Kecaman Hebat Daripada Pereka Fesyen Ternama Dunia

Last updated by farouqjohari 29 minutes ago

No comments:

Post a Comment