Wednesday, March 19, 2014

kisah kampung, kelkatu datang menyerang....haha

GAMBAR IHSAN DARI KELKATU STUDIO


Assalamualaikum...selamat maghrib...

haha,sewaktu post ini ditulis, saya dan kawan-kawan baru jer selesai solat jemaah maghrib bersama penduduk kampung.
cuaca petang yang tenang sebelum masuknya waktu maghrib tadi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
sementara nak tunggu azan, kami pun dok la lepak di jambatan berhadapan dengan surau tersebut...sambil tgk anak-anak ikan yang agak banyak di sungai bawah jambatan tersebut.

sedang dok layan suasana nyaman kampung, azan pun berkumandang...
buat pengetahuan semua, surau ini surau kayu, 2 tingkat dan merupakan surau yang terawal di negeri ini.
lampu bahagian bawah, atas dan juga tempat parking moto dinyalakan.

kami pun bergegas bergerak ke surau dan mengambil wuduk. tiada apa-apa yang mencurigakan waktu tu.
selesai jer ambil air sembahyang, serombongan kelkatu dari kampung cik kiah datang menyerang.
hahaha, habis semua lampu-lampu jadi sasarannya.
mencari cahaya kehidupan hakiki agaknya, sedangkan jawapannya ada di tingkat atas, iaitu solat maghrib secara berjemaah.
tapi takper la, serangga,kan...setiap yang wujud pasti ada tujuannya...

jadi, kami pun ke tingkat atas untuk solat. waktu tu, iqamat belum lagi dilaungkan.
bahagian atas dah penuh dengan jemaah kelkatu...
ini...kalau sembahyang gak...maunyer ''dia' ikut jemaah sekali dengan kita neh...
"lubang idung pun leh muat...leh bikin batal ini sembahyang"...kataku dalam hati,berseleroh, pasal keadaan ini pernah berlaku beberapa minggu yang lepas, sewaktu negara diserang cuaca sejuk melampau. hehe.
tapi bukan lubang idung saya la yang jadi mangsanya time tu.

ikut petua orang lama-lama, kami pun tutup la lampu semua, biar yang kat luar je yang terbuka, biar semua kelkatu kat dalam ni pergi...tapi sudah terlambat.
kipas angin yang dipasang entah nombor berapa entah, laju ajer menolak kelkatu ini ke lantai...maka rosaklah sudah kepaknyer...

iqamat dilaungkan...

solat diteruskan....di dalam kegelapan senja (tak berapa gelap la..).
semua jemaah boleh dilihat tak qusyuk nyer...tergoyang sana, tergaru sini..hahaha...
hanya Allah sahaja tempat kami berdoa, agar solat kami diterima.

selesai sahaja solat, semua jemaah mula melepaskan geram menggaru. hahaha, geli kot...bila kelkatu tu lalu kat tengkuk...begitulah kisah kami, solat jemaah bersama-sama jemaah kelkatu.

sekian. 

p/s : waktu pos ini ditulis, kucing surau yang 2 ekor, sedang sedap makan kelkatu tu sekor demi sekor, macam makan ayam kepci lagaknya....hehehe. miaauuuuu.....yum..yum...


Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong MH370 di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************

Jom Kuiz Tanda-Tanda Penyakit Berdasarkan Analisis Tabiat Di Tandas...



Apa sahaja yang dikeluarkan dari tubuh badan kita menceritakan apa yang berlaku di dalam tubuh kita...
serta apa sahaja perubahan tabiat yang berlaku pada tubuh kita, menunjukkan bahawa terdapat sesuatu perubahan yang sedang berlaku di dalam fisiologi tubuh badan kita dan 'mereka' mahu kita tahu.

Analisis tanda-tandanya dengan kuiz di atas dan tambah pengetahuan anda mengenainya...
Selamat mencuba..... :)


Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.P

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************


Monday, March 17, 2014

MH370 dan DUKE V3 COUNTER-RADIO...???



Alat elektronik Duke V3 Counter Radio-controlled yang sering digunakan tentera AS untuk melumpuhkan isyarat komunikasi termasuk isyarat alat kawalan jauh yang digunakan musuh bagi meletupkan bom. - AGENSI

LONDON 12 Mac - Laman web popular yang membincangkan teori-teori misteri, Beforeitsnews.com tidak menolak kemungkinan, kehilangan MH370 mungkin ada kaitan dengan ujian penggunaan alat perang elektronik yang canggih bagi mengelak pesawat itu termasuk kotak hitamnya dikesan radar (alasan yang boleh diterima, memang saya tunggu-tunggu penjelasan yang seperti ini, kerana ianya logik).
Menurut laporan tersebut, dalam peperangan elektronik, peralatan elektronik langkah balas (ECM) amat penting untuk mengelirukan sistem radar, sonar atau alat pengesan lain seperti laser inframerah dan boleh digunakan dengan tujuan serangan atau pertahanan bagi menyekat maklumat dihantar (sekat...?? sekat sesetengah sistem pengesan atau kesemua sistem pengesan?? ini pun boleh menjawab persoalan kenapa di sana dapat dikesan, tapi kenapa sistem di sini tidak dapat mengesannya = perbezaan bukti) atau melumpuhkan sistem komunikasi pihak musuh.
Jelasnya, syarikat teknologi yang beribu pejabat di Austin, Freescale Semiconductor dilapor membangunkan teknologi tersebut bagi memenuhi keperluan sektor pertahanan dan aeroangkasa AS.
“Teori ini berbangkit kerana terdapat sekurang-kurangnya 20 penumpang dari syarikat elektro­nik Freescale Semiconductor yang beribu pejabat di Texas, Amerika Syarikat (AS), menaiki pesawat berkenaan (atau...mungkin juga mereka ini yang menjadi tujuan penculik-pernculik tersebut...??? kemahiran mereka amat tinggi nilainya dalam peperangan) dengan kesemuanya mempunyai kepakaran dalam teknologi elektronik untuk tujuan pertahanan ketenteraan.
“Tidak mustahil pesawat MH370 menjadi ‘halimunan’ dengan ujian penggunaan senjata berteknologi tinggi yang sememangnya wujud dan digunakan oleh pihak tentera," jelas laporan tersebut.
Laporan itu memberi contoh, Israel telah mencipta senjata yang mampu meniru isyarat telefon bimbit untuk mengarahkan rangkaian telefon tersebut memasuki status ‘tidur’, sekali gus menghentikan transmisi komunikasi, selain memiliki peralatan elektronik yang mampu mengganggu isyarat kecemasan pihak tentera musuh.
“Pada 2007, tentera Syria berpeluang menyaksikan teknologi moden itu apabila pesawat tentera Israel gagal dikesan radar tentera (pelik....kan...kenapa tentera Israel yang negaranya tidak se-gah maner pun, tetapi mempunyai teknologi secanggih ini...siapa yang membantu dalam kewangan dan ilmu kajian mereka???).
“Malah tahun lalu, Israel mengumumkan tentang teknologi baharu yang menjadikan pesawat tidak dapat dilihat dengan mata kasar, apatah lagi dikesan radar, (fikir-fikirkan semula...apakah tujuan mereka mengumumkannya, dan untuk negara manakah pengumuman itu ditujukan ???)" jelas portal berita itu.
Laman web tentera, Military.com, pula melaporkan China kini giat membangunkan teknologi halimunan menggunakan panel kaca heksogan bagi memantulkan cahaya di sekeliling objek yang ingin ‘dihilangkan’.
Pakar tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan projek membangunkan teknologi berkenaan memang wujud, tidak menyamai projek yang dilaksanakan AS dan Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bekas tentera khas AS, Chris Sajnog berkata, secara umumnya, kebolehan teknologi yang dibangunkan AS masih belum diketahui kerana Pentagon masih merahsiakannya, namun beberapa negara lain tidak jauh ketinggalan membangunkan teknologi yang sama.



Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************


Sunday, March 16, 2014

1/634 Lokasi Rahsia...??? Seribu Persoalan...



LONDON 16 Mac - 
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) (seperti yang saya sebut sebelum ini, sebarang maklumat dari Amerika, kita kena tapis dahulu), tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 yang hilang sejak sembilan hari lalu, mungkin berada di lokasi rahsia (sekurang-kurangnya ini petanda bahawa mereka masih ada peluang hidup).

DailyMail Online yang memetik kenyataan sumber berkata, pesawat terbabit mungkin dirampas dan kesemua penumpang kini ditahan di tempat tertentu.

Dalam pada itu, stesen radio Amerika Syarikat (AS) WNYC melaporkan, sebanyak 634 lokasi yang boleh menjadi tempat pesawat MH370 mendarat, dari Australia ke Maldives ke Pakistan (kat sini kita boleh andaikan satu kemungkinan, iaitu, mereka pasti bergerak pada waktu malam, ini bermakna, bahaya bagi MH370 bergerak di siang hari tanpa dikesan. persoalannya, kawasan mana yang selamat untuk MH370 diseludup?? errr.....kemungkinan warna MH370 telah ditukar..penyamaran???). - AGENSI



Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.P

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************

Saturday, March 15, 2014

Mengapa Alat Ini Menjadi Suspek Kejadian...??? Ini Bukan BLACK-Box,k.




Kuala Lumpur : Kehilangan MH370 menimbulkan pelbagai persoalan mengenai nasib pesawat dan anak kapal. Berikut antara soalan lazim yang sering timbul. BH mendapat beberapa pakar untuk menjawabnya, selain dipetik dari laporan laman web CNN. 

Apa itu transponder? 

Ia pemancar gelombang radio yang dikesan radar dan menghantar maklumat penerbangan seperti nama pesawat, kelajuan dan altitud. Maklumat ini digunakan menara kawalan udara untuk memantau pergerakan pesawat. 


Bolehkah transponder dimatikan? 

Transponder terletak dalam kokpit dan boleh dimatikan atau diletakkan dalam mode tertentu secara manual oleh juruterbang. Bagaimanapun, kebarangkalian untuk juruterbang berbuat demikian adalah rendah, kecuali ada pihak ketiga, termasuk perampas dalam kokpit. 

Apakah kotak hitam (black box)? 

Kotak berwarna oren itu mengandungi maklumat penting terutama data penerbangan dan rekod perbualan juruterbang. Ia penting bagi merungkai apa sebenarnya berlaku dalam MH370. Kotak itu mengeluarkan isyarat kecemasan ketika rempuhan atau apabila ia menyentuh air. Ia juga mengandungi isyarat ultrasonik yang boleh dikesan sejauh 6 kilometer. 


Apakah fungsi radar? 

Radar ialah sistem pengesanan objek menggunakan gelombang radio untuk mengesan jarak, ketinggian, arah atau kelajuan sesuatu objek seperti pesawat atau kapal. 

Isyarat transponder pesawat boleh dikesan radar awam. Radar dibahagikan kepada radar utama (PSR) dan radar sekunder (SSR). PSR dikendalikan tentera hanya mengesan objek atau pesawat tanpa identiti kerana ia tidak membaca transponder dalam pesawat, manakala SSR pula dikendalikan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). 

Apakah ada perkakasan lain yang menghantar data dari pesawat?

Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) didakwa mengeluarkan isyarat ‘pings’ ke satelit. Ada laporan mengatakan ‘pings’ dikesan satelit empat/lima jam selepas isyarat terakhir daripada MH370 pada jam 1.07 pagi, serta menghala ke Lautan Hindi. Bagaimanapun, pengeluar enjin Roll Royce menafikan ada isyarat selepas 1.07 pagi. 

Bolehkah MH370 diterbangkan di bawah radar? 

Pakar Kejuruteraan Penerbangan UiTM, Dr Rizal Effendy Mohd Nasir, berkata B777 boleh diterbangkan rendah (bawah 500 meter) oleh juruterbang berpengalaman, bagaimanapun ia akan menjejaskan keupayaan penerbangan pesawat itu dari segi ketahanan dan jarak. 

Jika pesawat terhempas di laut, adakah kemungkinan benda terapung? 

Kusyen kerusi dan aloi atau aluminium yang ringan akan terapung selepas beberapa hari pesawat terhempas. 

Apakah kemungkinan MH370 dirampas atau disabotaj? 

Pakar Strategik Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata kemungkinan itu ada, namun menolak ia bermotif politik kerana pihak terbabit tidak mengemukakan sebarang tuntutan atau mengaku bertanggungjawab. Kebiasaannya perampas mengemukakan tuntutan di darat atau udara secepat mungkin kerana faktor masa penting untuk misi mereka. 

Bagaimana pula faktor manusia/juruterbang? 

Kemungkinan kesilapan juruterbang ada, misalnya insiden membabitkan Air France 447 (1 Jun 2009) di Lautan Atlantik dan Adam Air 574 (Januari 2007) di Sulawesi Selatan, Indonesia yang dikaitkan dengan faktor manusia.




Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.P

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************

MH370 : Apa Tugas India ???



NEW DELHI 14 Mac - India menggunakan pesawat yang dilengkapi peralatan pengesan haba (hebat negara India, teknologi mereka canggih dan amat berguna dalam operasi kali ini) bagi membuat tinjauan di kawasan perairan beratus-ratus buah pulau yang tidak berpenghuni di Laut Andaman (beratus-ratus??? banyaknya...malah ada 37 pulau yang tidak berpenghuni. mungkinkah MH370 berada di salah satu pulau tersebut??) hari ini, selain akan memperluaskan pencarian pesawat MH370 sehingga ke Teluk Bengal.

Jurucakap tentera, Kolonel Harmit Singh dalam satu kenyataan berkata, dua pesawat peninjau Angkatan Tentera India membuat pemeriksaan di sekitar Laut Andaman dan Pulau Nicobar bersama dua kapal tentera laut dan dua kapal pengawal pantai bagi mencari pesawat berkenaan.

Menurutnya, misi mencari itu dilaksanakan oleh Pemerintah Tentera Laut timur India,
Bagaimanapun, Harmit enggan memberi sebarang maklumat mengenai operasi tersebut, termasuk teknologi haba yang digunakan oleh tentera India dalam operasi mencari itu.

Kawasan pulau yang menganjur ke selatan Myanmar itu mengandungi 572 pulau (kawasan yang sangat luas....semoga negara lain juga turut menyertai) dengan hanya 37 daripadanya mempunyai penghuni, manakala bakinya diliputi hutan tebal.
Sementara itu, Pegawai Pengawal Pantai, V. S. R. Murthy berkata, India akan mengalihkan tumpuan mereka ke bahagian barat pulau-pulau berkenaan dan kawasan pantai yang berdekatan dengan pantai negara ini. - AGENSI



Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************


Satelit Masih Menerima Isyarat Dari MH370...???



Imam Kagat dari Kor Agama Angkatan Tentera, Mohd. Faizal Arif Abdullah mengetuai solat hajat selepas menunaikan solat Maghrib pada operasi pencarian dan menyelamat pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang, di perairan Laut China Selatan, semalam. Kapal milik TLDM, KD Lekiu yang mempunyai 149 anak kapal, 15 krew helikopter penyelamat Super Lynx memulakan operasi sejak Ahad lalu. - UTUSAN/Irwan Majid.


WASHINGTON 14 Mac - Pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, dilapor menghantar isyarat ‘pingkepada sebuah satelit selama empat jam (pada pendapat saya, apa-apa sahaja berita dari Amerika, hendaklah ditapis terlebih dahulu...takut ada udang di sebalik mee..huhuhu), sebaik-baik kapal terbang berkenaan hilang daripada radar.
Seorang pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang enggan dikenali berkata, tindakan itu menunjukkan bahawa pesawat berkenaan kemungkinan masih terbang sejauh beratus-ratus kilometer selepas ia hilang daripada radar.
Jelas beliau, pesawat Boeing 777-200 itu tidak menghantar data ke satelit terbabit, sebaliknya hanya memancarkan isyarat untuk berhubung (bermaksud bahawa isyarat ini tidak sampai ke satelit, tapi terawang-awang di ruang udara = mesej tak sampai).
Syarikat pembuatan pesawat, Boeing Co menawarkan perkhidmatan satelit untuk mengumpul maklumat operasi penerbangan pesawat dan menghantar data tersebut ke pangkalan utama pesawat itu.
Perkhidmatan tersebut diwujudkan bagi menyediakan maklumat untuk proses pembaikan atau kerja penyenggaraan sebelum mana-mana pesawat buatan Boeing mendarat.
Walaupun difahamkan syarikat Malaysia Airlines tidak melanggan perkhidmatan itu, namun pesawat masih mempunyai keupayaan untuk berhubung dengan satelit dan mengeluarkan isyarat secara automatik.
“Fungsi isyarat itu seperti telefon bimbit yang dipadamkan, tetapi masih mampu memberi mesej seperti ‘"Saya di sini"’ kepada syarikat rangkaian komunikasi.
“Berdasarkan fungsi itu, syarikat telekomunikasi masih boleh mengesan kedudukan telefon yang dipadamkan atau tidak membuat panggilan (maksudnya, jika kita diculik di mana-mana dan penculik telah memadamkan telefon kita, syarikat telekomunikasi ini masih boleh mengesan kedudukan kita?? huhu, gunakan kaedah ini dalam menangani kes culik, pasti senang kes selesai..in shaa Allah)," jelas pegawai tersebut.
Bagaimanapun Boeing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.
Sementara itu, laman web akhbar Wall Street Journal melaporkan, sebuah satelit milik syarikat telekomunikasi Britain, Inmarsat menerima isyarat tersebut selama lima jam selepas pesawat MH370 hilang.
Perkara tersebut disahkan oleh Inmarsat namun tidak pula menyatakan bila isyarat terbabit diterima, lapor stesen televisyen BBC.
Dalam pada itu, pegawai tersebut berkata, fungsi mesej telefon bimbit berbeza dengan isyarat yang dihantar pesawat untuk dikesan oleh radar.
Katanya, jika pesawat meletup semasa dalam penerbangan atau mengalami masalah kegagalan teknikal, semua isyarat termasuk ke satelit akan terhenti pada masa kejadian. - AGENSI



Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************


Friday, March 14, 2014

MH370 - Siapa Yang Jawab Panggilan Telefon Bimbit...???




Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat.
Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan berfungsi kerana mungkin berada di dalam air (# alasan ini tidak boleh diterima, kerana hp kalis air sony sudah wujud), di luar kawasan liputan (# alasan ini juga tidak boleh diterima, kerana kita semua tidak tahu kedudukan penumpang tersebut) dan juga kehabisan bateri (# apa guna power bank dan hp canggih jika bateri cepat abis???).
“Dalam kes yang didakwa ahli keluarga mangsa, deringan yang didengari mungkin nada sebelum panggilan itu memasuki perkhidmatan peti suara,’’ katanya kepada MailOnline.
Sementara itu, seorang lagi pakar telekomunikasi, Alan Spencer berpendapat deringan tersebut membuktikan telefon bimbit itu tidak berada di dalam air.
Katanya, telefon bimbit hanya akan berbunyi jika dihidupkan dan berada di dalam kawasan liputan.
Ini bermakna, jika telefon bimbit itu benar-benar dapat dihubungi, pesawat itu telah mendarat di daratan dan di lokasi yang mempunyai liputan berbanding di dalam hutan atau kawasan laut.
Sementara itu, Dr. Martyn Thomas dari Institut Teknologi dan Kejuruteraan tampil dengan teori yang 
mendakwa kehilangan MH370 mungkin melibatkan kerosakan alat komunikasi secara tiba-tiba.
Martyn menjelaskan, proses penyahmampatan secara mengejut yang berlaku di dalam pesawat boleh menyebabkan semua penumpang, krew dan juruterbang pengsan atau terbunuh, sekali gus merosakkan peralatan komunikasi.
Dalam senario itu, katanya, pesawat terbabit mungkin terbang secara sendiri melalui sistem panduan automatik dan berada pada jarak kira-kira 3,218 kilometer dari lokasi kejadian sebelum mendarat atau terhempas.


Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************


Kami Juga Menanti Kepulangan Anda, MH370

TANDA SOKONGAN YANG DIBUAT DARI PASIR PANTAI


Lukisan pasir yang dibuat oleh artis dari India.
Walaupun Malaysia dilanda ujian, tetapi syukur, masih ada banyak lagi negara di luar sana yang menyokong kita. Walaupun Malaysia kecil di atas peta, tetapi kami tetap teguh berdoa akan keselamatan penumpang-penumpang MH370.


Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************



MH370 : teori pelajar sarjana Universiti Stanford kemungkinan diterima pakar...???




SINGAPURA : Seorang pelajar sarjana muda dari Amerika di Universiti Stanford telah datang dengan teori kehilangan Malaysia Airlines MH370 dan telah tersebar meluas di laman internet namun belum disahkan oleh pakar-pakar penerbangan.

Andrew Aude , 20, seorang pelajar sains komputer, memberitahu The Straits Times bahawa dia mempunyai kepakaran di dalam bidang kejuruteraan Aeroangkasa, sama seperti bapanya yang mempunyai lesen juruterbang syarikat penerbangan. Beliau juga pernah menaiki Boeing 787 bersama bapanya.

Dalam post Tumblr beliau, Aude menyatakan bahawa dia telah mengesan kelemahan utama di dalam sistem pesawat.

Dari ini, beliau membuat teori bahawa MH370 boleh mengalami isu yang sama , yang membawa kepada kegagalan komunikasi berasaskan satelit dan juga penyahmampatan yang perlahan (kekurangan % O2) di dalam pesawat lalu menyebabkan penumpang tidak sedarkan diri dan juruterbang keliru .
"Jika penyahmampatan itu cukup perlahan, ada kemungkinan juruterbang tidak sedar memakai topeng oksigen sehingga ia sudah terlambat ", katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa kapal terbang Boeing 777 tidak menggunakan topeng oksigen penumpang sehingga ketinggian kabin sampai 13,500 kaki. Pada masa itu, penumpang mungkin tidak sedarkan diri jika terdapat penyahmampatan yang perlahan. Selain itu, MH370 melakukan penerbangan waktu tengah malam dan penumpang akan cuba untuk tidur, oleh itu tidak akan sedar kesan kekurangan oksigen.

Fungsi autopilot akan memastikan bahawa kedudukan dan ketinggian pesawat dikekalkan sebelum terhempas ke dalam Laut China Timur, Laut Jepun atau Lautan Pasifik, berbatu jauhnya dari zon carian intensif di Laut China Selatan di mana usaha-usaha menyelamat telah tertumpu pada masa lalu selama beberapa hari.

Beliau membuat kesimpulan bahawa "ini mungkin bukan penyahmampatan letupan atau letupan sewaktu penerbangan".

Teori ini menambah senarai penjelasan yang dikemukakan oleh pakar-pakar , termasuk masalah mekanikal , letupan di udara dan sabotaj. Tetapi tidak seorang pun yang telah disokong oleh bukti kukuh.- The Straits Times / ANN

*********************************************************************************

# Agak menarik teori yang disampaikan pelajar sarjana ini, sekarang yang tinggal ialah, membuktikan teori-teori yang pernah wujud sepanjang kehilangan MH370.
Jika tidak, teori hanya tinggal teori.


Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************



Thursday, March 13, 2014

ke mana arah MH370 yang disyaki terbang selama 4 jam selepas terputus hubungan radar...???




KUALA LUMPUR, Malaysia: The Wall Street Journal melaporkan bahawa penyiasat AS mengesyaki pesawat jet Malaysia yang hilang telah terbang selama empat jam selepas ia terputus hubungan dengan pengawal trafik udara.
Syak wasangka ini adalah berdasarkan data daripada enjin pesawat yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke tanah sebagai sebahagian daripada program penyelenggaraan rutin.
Laporan itu menimbulkan persoalan tentang mengapa Boeing 777 terbang seperti itu, dan sesiapa yang berada dalam kawalan pada masa itu.
Kedudukan MH370 yang terakhir diketahui adalah kira-kira separuh jalan antara Malaysia dan Vietnam.
Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat apa yang boleh menjadi penyebab pesawat berubah arah dan menuju ke barat .
Penyiasat tidak menolak kemungkinan apa-apa sebab yang berkemungkinan untuk menerangkan kehilangan pesawat dan 239 orang di atas kapal tersebut.



Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************

Wednesday, March 12, 2014

perhatikan senarai negara mana yang membantu kita...???




      Ini merupakan poster yang terkemudian sedikit, untuk update terkini, didapati jumlah yang terbaru adalah seperti yang dinyatakan di atas, termasuk negara Perancis yang sedang dalam perjalanan.
Paling menarik hati ialah, Malaysia yang mengetuai misi mencari MH370.

Semoga dengan berkat doa kita semua, beserta usaha para tentera di luar sana, usaha kita semua akan menampakkan hasil.
Yang penting ialah, tidak berputus asa di dalam memohon kepada-Nya dan teruskan usaha tanpa jemu.


Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************


pakar penerbangan beri 6 sebab kehilangan misteri MH370...???




KUALA LUMPUR: Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbngan MH370 sejak Sabtu lalu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia. 

Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu. 

Sebab-sebab itu adalah gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat. 


Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang. 

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan. 

"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," katanya. 

Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan juruterbang hilang kawalan. 
"Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan. 

Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau juruterbang hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11. 

Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas. 

"Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU)," katanya. 

Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya. 

Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang. 

Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampu isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air. 

"Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air," kata beliau. 

ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini. 

"Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh itu, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur," katanya. - BERNAMA




Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************

berapa bilangan penumpang berdasarkan negara dan jumlahnya...???




Carta di atas menunjukkan jumlah penumpang mengikut negara yang menaiki MH370 Boeing 777-200ER kepunyaan Malaysia Airlines System (MAS).
Jumlahnya ialah 239 orang di atas kapal terbang, 227 penumpang dari 14 berlainan negara and 12 crew rakyat Malaysia.


Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************






tanda sokongan dari pelajar dari negara China...




Pelajar menyalakan lilin untuk berdoa demi keselamatan penumpang kapal Malaysia Airlines MH370 penerbangan, di Zhuji, Zhejiang.



Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************

Tuesday, March 11, 2014

MH370, cara simbolik penduduk India menyokong Malaysia.




     Artis pasir dari India, Sudarshan Patnaik mengenakan sentuhan akhir untuk ukiran seni pasir yang dicipta beliau, mendoakan kesejahteraan penumpang Malaysia Airlines penerbangan MH370, di pantai di Puri, di negeri India, timur Odisha. 
     Penerbangan Malaysia Airlines membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal telah hilang di kawasan berhampiran Laut China Selatan pada hari Sabtu (8 March 2014) sewaktu berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sila SHARE & LIKE jika anda juga penyokong mereka di luar sana.
Semoga berita baik muncul segera.
In shaa Allah.

Kesemua post saya yang anda lihat ini, telah saya 'post'kan ke 63 Group FB, SERENTAK, dalam masa hanya 5 minit.
Nak tahu bagaimana caranya...mudah sahaja, KLIK SINI.



***********************************************************************************