Friday, February 6, 2015

HONDA HR-V Dari Honda Malaysia, 2015




HONDA HR-V Terbaru dari Honda Malaysia
(sumber gambar dari Google Image)

Assalamualaikum....dan selamat menyambut awal bulan Februari.

Haha, dalam keadaan harga minyak dunia yang sedang menurun nie (semoga ianya kekal ataupun berada di paras terbaik..), Honda Malaysia telah mengambil kesempatan ini untuk mengeluarkan keluarannya yang pasti ditunggu-tunggu ramai.

Sebuah kenderaan model urban SUV dan diberi nama HONDA HR-V. Nampak techno dengan namanya, namun, jika di luar negara, ianya juga dikenali sebagai Honda Vazel.

Apakah yang dimaksudkan dengan HR-V ???
Hi-Rider Revolutionary Vehicle (atau Hip and Smart Runabout Vehicle).

3 gambar di atas ni pun, dah cukup buat peminat Honda tak sabar-sabar nak 'ride'.
Lebih-lebih lagi bagi peminat warna jingga macam saya ni...huhuhuhu...
Rasa macam nak pinjam buat balik kampung sempena raya cina ni jer...kalau boleh.
Rasa-rasa ada para blogger kat sini yang boleh bagi pinjam sekejap tak???

Hihi, sebut pasal pinjam, harga kenderaan model urban ni pun boleh tahan gak berbaloi dengan apa yang dia tawarkan...cakap banyak tak guna, 'starting' harga ialah dari 100K.

Untuk memuaskan hati yang tak sabar nak merasa Honda HR-V ni, bolehlah layan videonya dari youtube dulu....(huhu, nak beli, lom mampu lagi...tengok video jer la dulu kita yer...)